Kami bertanggungjawab untuk mengenali perniagaan anda dengan lebih mendalam. Kami akan mengenalpasti sumber trafik dan menarik trafik tersebut ke laman web ataupun platform pelanggan agar transaksi dan jualan boleh berlaku. Erti kata lain, sebuah agensi pemasaran digital mengoptimakan perbelanjaan pemasaran pelanggan mereka dengan hasil daripada kempen pemasaran mereka.
Kami berkerjasama dengan mana2 pihak yang berminat untuk mengembangkan perniagaan mereka dari pelbagai industri. Kami tidak mengira saiz. Yang penting, minat.
Adakah kamu berminat untuk berkerjasama dengan kumpulan pemasaran digital, pereka bentuk dan pemaju digital supaya RM 1 yang kamu belanja untuk pemasaran menjana pulangan RM 5? Kalau yea, kami berminat untuk bekerjasama dengan anda.
Setiap perniagaan dalam pelbagai industri memiliki perbezaan masing-masing. Tidak ada dua perniagaan yang sama dan setiap dari mereka memiliki ciri-ciri keunikan perniagaan yang berbeza. Makanya, untuk kami, memahami setiap selok-belok perniagaan pelanggan kami cukup penting. Ada yang memerlukan kempen pengurusan FB ads yang efektif dan ada pula yang memerlukan pengurusan laman web sahaja kerana mempunyai trafik organik. Senarai perbezaan berterusan.
Pokoknya, satu saiz tidak sama untuk semua. Kami akan mengoptimakan strategi pemasaran pelanggan kami untuk memenuhi keperluan mereka sahaja. Usaha kami adalah untuk meroketkan perniagaan mereka ke awan dan kami akan melakukan apa sahaja untuk memastikan rancangan itu berjaya.
bolehmarketingroup.com
(Borneo Minimalist Sdn. Bhd. -1320908-V)